Sabtu, 1 Mei 2010

Tilapia oh Tilapia

Jika saudara/i telah melayari blog saya (http://cikgurani-exsmkbakong.blogspot.com/) mungkin sudah tahu bagaimana rupanya ikan tilapia. Sya di sini bukanlah untuk membincangkan faktor-faktor atau maklumat saintifik tentang ikan tilapia ini (insyaALLah saya pun rasanya mampu kerana pernah mengambil kursus Iktiologi ketika di USM dulu di bawah sifu Allahyarham Dr Ahyauddin).
Coretan saya kali ini hanya ingin melihat betapanya sumbangan ikan-ikan tilapia ini kepada penduduk-penduduk terutamanya dari golongan berpendapatan rendah. Ianya murah dan sedangg diperolehi, malah kalau mahu percuma korek umpan cacing pergilah memancing di parit atau lombong. Macam zaman saya masa kanak-kanak dulu, nak lauk fresh kene pergi memancing, adalah habuan untuk hari tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan