Khamis, 29 April 2010

Sejauh mana bergeraknya orang Melayu?

Maksudnya di sini ialah sejauh mana orang-orang Melayu berubah corak kehidupan mereka dalam meniti arus kemodenan di negara ini. Secara mudahnya begini, jika saya anak seorang penoreh getah sejauhmana mana saya dapat berada kini, dan sejauhmana pula Tan Sri Zeti Akhtar Aziz anak Prof Diraja Ungku Aziz bergerak kehadapan. Sememangnya saya harus bersyukur kerana Tuhan telah mengubah rezeki dan cara saya mencari rezeki di mana saya tidaklah perlu turun menoreh getah saban pagi dengan jumlah pendapatan yang tidak menentu. Cuma pandangan saya adalah untuk melihat sejauh mana seorang anak petani, nelayan atau buruh kasar boleh merubah nasib berbanding generasi ibubapa mereka. Jika seperti yang dikatakan tadi Anak Penoreh rata-rata mampu beralih kepada Seorang Guru berbanding Anak Seorang Profesor yang bergerak menjadi Gabenor Bank Negara. Mungkin anak penoreh hanya bergerak selangkah sahaja sedang anak seorang profesor pula mampu mungkin sepuluh langkah kehadapan.
Jika kita toleh ke belakang kenapa terjadinya sedemikian, bagi saya senang sahaja jawapannya. Bawakan situasi saya di zaman persekolahan, balik saja sekolah letak beg, makan dan solah kemudian terus saja bersama sekawan kambing yang kami pelihara untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Malamnya seawal pukul sembilan balik dari surau barulah dapat menyiapkan kerja-kerja sekolah hanya dengan insiatif diri sendiri. Tanpa tuisyen atau sebagainya yang membantu pembelajaran saya. Hujung minggu terpaksa turun bersama keluarga ke kebun getah atau kebun jagung sekangkang kera. Ini amat berbanding dengan anak seorang profesor yang sudah pastinya balik saja dari sekolah terus ke pusat tusiyen dsbnya lagi. Di rumah pun ibubapa pasti dapat membantu mereka. Bukanlah saya merasa dengki atau hiri hati, bagi saya apa yang mereka perolehi itulah rezeki mereka dan apa yang saya dapat adalah rezeki saya...betul tak?
Cuma terlintas di benak fikiran ini kadang bertanya juga kenapa saya mempunyai keadaan yang berbeza dengan orang-orang hebat itu....

Sabtu, 24 April 2010

Selamat Mengundi buat orang2 Ulu Selangor!


Sorry pinjam logo ni yang ada gambar dacing tak jumpa pulak...nanti lain la...
Semuga kalian berjaya membuat keputusan yang baik dan bermakna untuk kalian dan genarasi yang akan datang. Kami kat Perak ni pun dah lama kepingin nak mengundi pulak. Kalau kat Jepun tentu dah ada pilihanraya pun, tapi inilah Malaysia Negara Ku.

Adakah kalian perasan.....

harga barang2 keperluan dah naik harga. Sejak semalam aku keluar masuk minimarket la, kedai runcit untuk mencari barang2 dapur serta bahan keperluan rumah tangga yang lain. Bulan lepas Breeze atau FAB 3 kg baru rm12.90. Laaa...tadi 2.5kg dah jadi rm16.90. Bulan lepas juga belikan suhu UHT 1liter baru rm4.30 tapi hari ini dah jadi rm4.90. Entah macam2 lagi laaa..cuma barang kawalan spt beras, gula, tepong, minyak tak yang naik lagi. Sebagai pengguna hanya mampu kurang atau jangan beli kalau tak perlu. Tak boleh bayangkan kalau aku berpendapatan seperti orang2 kampong yang hanya di sekitar rm400-500 sebulan, tentu aku terpaksa kurangkan makan dan banyakkan tidor agaknye!!!!Esok azam tak mau beli macam2 la..nak jimat. InsyaAllah.

Jumaat, 23 April 2010

Rasanya salah kita!

Apa yang dimaksudkan di sini ialah kenapa wakil-wakil yang kita pilih terpaksa bertungkus lumus mencari duit dan akhirnya hak rakyat pun mereka kebas. Bagaimanakah ini terjadi? jawapannya mudah. KERENA tabiat kita meminta-minta dari YB segala macam. Sepatutnya beliau mengusahakan mendapatkannya dari sumber kerajaan sendiri. Penyakit ini telah menjadi candu dalam masyarakat kita terutama di kalangan orang Melayu segala mak nenek yang diminta dari YB. Dari mana nak dikoreknya duit kalau beliau bukan seorang yang kaya raya melainkan apakah yang kita anggap berunsurkan rasuah dan salah guna kuasa.
Kalau kita mahukan pemimpin yang bersih sebagai pemimpin Islam Khulafa Arrasyidn, maka janganlah meminta2 dari YB yang kita pilih. Apa kita minta sepatutnya adalah dari kemampuan kerajaan dan negara kita, bukan dari poket atau saku YB2 tu. kalau tidak ramai pulak YB2 dari PR yang melompat (kalau Iman tak teguh) kerana mereka bukanlah di kalangan YB2 BN yang rata2nya ahli2 perniagaan.....wallahua'lam.

Ke manakah hala tuju negara kita?

Persoalan ini seringkali bermain di kepala ku sejak mendengar satu sesi ceramah di sekitar tahun 1998 rasanya. Aku teringat apa yang telah disampaikan Dato Yop Adlan, bekas kedutaan Malaysia yang pernah lama berkhidmat di negara2 Amarika Latin. Apa yang menariknya ialah pendapat beliau tentang apa yang terjadi kepada beberapa negara dunia ketiga seperti Mexico, Filipina, Indonesia serta beberapa negara lain yang saya dah lupa. Negara2 tersebut termasuk Malaysia juga di mana negara2 ini mencapai 5 tahap. Pertamanya KEMERDEKAAN dari negara penjajah, tahap kedua ialah PEMBANGUNAN, tahap ketiga ialah PENSWASTAAN, keempatnya KRONISME & NEPOTISME dan tahap kelimanya pula ialah KEJATUHAN.
Negara kita pun nampaknya sedang menuju ke arah keadaan ini. Sama ada kita menyedarinya atau tidak tetapi itulah hakikatnya. Sekiranya kita sedar akan perkara ini maka apakah tindakan kita? Tunggu dan lihat, atau bergerak melakukan sesuatu. Maka fikir-fikirkanlah demi generasi anak cucu kita. Wallahua'lam.

Hidup Biar Ikhlas.

Pelbagai sifat manusia yang Allah jadikan. Bagiku IKHLAS adalh sifat terpuji, senang disebut , tapi susah dilaksanakan....Tanpa keikhlasan tiada maknanya, khususnya dalam soal ibadah. Didiklah diri kita supaya melahirkan KEIKHLASAN dalam apa saja tindakan kita. Wallahua'lam.